Tuesday, June 8, 2010

Cara-Cara Memastikan Darah Istihadhah

Saya panjatkan pujian dan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata`ala, dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi Wasallam serta seluruh keluarga dan sahabat baginda.  

Amma ba`du.
**
Dan di dalam hadis Asma` binti `Umais pada Abi Daud terdapat kata-kata :
``Dan duduklah dia didalam wadah yang berisi air dan manakala melihat dia akan kuning-kuning diatas air maka mandilah dia untuk Zuhur dan `Asar dengan satu mandi  dan mandi dia untuk magrib dan Isya` dengan satu mandi  dan mandi dia untuk sembahyang Subuh dengan satu mandi dan berwudhu dia di dalam antara kesemuanya itu.``
**
Hadis Asma` binti `Umais ini, dari hadis `Aisyah, ada tambahan yang artinya bahawa orang yang menderita istihadhah, di persilakan  mencoba duduk di dalam tempat yang berisi air. Jika terlihat kuning-kuning di atas air, itu tandanya dia benar-benar istihadhah.
Jika memang benar-benar istihadhah maka tiap-tiap sembahyang dia harus berwudhu dan sehari semalam mandi tiga kali :
  1. Sekali  pada waktu akan melakukan sembahyang Zuhur dan `Asar (jama` ta`khir).
  2. Sekali lagi pada  waktu akan melakukan sembahyang Magrib dan `Isya (jama` ta`khir)
  3. Sekali lagi pada waktu akan melakukan sembahyang Subuh.
Hadis Asma` binti `Umais dan hadis Fatimah binti Abi Hubaisy ini dikumpulkan oleh Imam Syafi`e sehingga menjadi demekian : 
  • Wajib wudhu lima (5) kali untuk lima (5) kali sembahyang
  • Sunnah mandi tiga (3) kali untuk Zuhur, `Asar, Magrib `Isya dan Subuh.
Wallahu a`lam.

No comments:

Post a Comment