Thursday, June 17, 2010

MANDI UNTUK SETIAP KALI SEMBAHYANG

Dan dari  `Aisyah Radhiyallahu `anha, Bahawa Ummi Habibah binti Jahsyin mengeluh dia kepada Rasulullah Sallallahu`alaihi Wasallam akan darah, maka bersabda baginda :

**Diamlah kamu didalam kadar sesuatu itu menahan akan haidh kamu,
kemudian mandilah kamu. 
Maka mandi dia untuk tiap-tiap sembahyang**

(Riwayat Imam Muslim).

Didalam satu riwayat bagi Bukhari :

** Wudhulah kamu untuk tiap-tiap sembahyang**

(Riwayat Abi Daud dan yang lain-lain).


Pada riwayat pertama Imam Muslim menegaskan ada perintah mandi untuk tiap-tiap kali sembahyang.

Perhatian:
  • Di dalam beberapa riwayat diterangkan bahawa tiap-tiap kali Mustahadhah (penderita) akan sembahyang fardhu, dia harus wudhu lebih dahulu. Jadinya wudhu satu untuk sekali sembahyang.
 Wallaahu A`lam. 
  

Tuesday, June 8, 2010

Jika Tidak Dapat membezakan Antara Darah Haidh Dan Yang Lainnya.

Saya panjatkan pujian dan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata`ala, dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi Wasallam serta seluruh keluarga dan sahabat baginda.  

Amma ba`du.
***
Dan dari Hamnah binti Jahsyin berkata : Adalah aku itu menderita istihadhah dengan haidh yang banyak lagi keras, maka datang aku kepada Nabi Sallallahu`alaihi Wasallam memohon fatwa kepada baginda, maka bersabda baginda:  

``Sungguh  ia itu hanya suatu goncangan daripada syaitan, maka menghitung haidh lah kamu akan enam (6) hari atau tujuh (7) hari kemudian mandilah kamu; manakala telah bersih kamu maka sembahyanglah kamu dua puluh empat (24) hari atau dua puluh tiga (23) hari, dan puasalah kamu, dan sembahyanglah kamu maka sungguh yang demikian itu mencukupimu. Dan demikian pula maka berbuatlah kamu untuk bulan-bulan berikutnya sebagaimana haidh orang-orang perempuan maka kalau kuat kamu atas hendak mengakhirkan kamu, akan Zuhur dan mencepatkan kamu akan `Asar kemudian mandi kamu ketika suci kamu, dan sembahyang kamu akan Zuhur dan `Asar dengan jama` kemudian mengakhirkan kamu akan magrib dan mempercepatkan kamu akan `isya` kemudian mandi kamu dan jama` kamu antara dua (2) sembahyang, maka berbuat kamu dan mandi kamu beserta subuh dan sembahyang kamu. Bersabda Nabi Sallallahu `alaihi Wasallam: Yang tersebut itu tadi yang lebih disenangi diantara  dua perkara kepadaku.``

Menceritakan hadis ini Imam Lima  kecuali Nasae dan menshahih akan  dia Imam Tirmidzi dan menganggap, Hasan  hadis ini Imam Bukhari .                                                                                                                                                                 
***

Perempuan yang menderita istihadhah itu ada kalanya mumayyizah (dapat membedakan antara sifat-sifat darah haidh dan darah yang lainnya) dan ada kalanya tidak mumaiyyizah.
Jika perempuan itumubtadi`ah (baru kali itu mengeluarkan darah) dan tidak mumaiyyizah, sedang darah terus keluar sampai lewat lima belas  (15) hari di mana darah itu bersifat satu, sehingga penderita tidak dapat membedakan mana yang darah haidh, mana yang bukan, maka penderita itu harus mengikuti adat kebiasaan orang-orang perempuan di kampung. 

Jika orang-orang perempuan di kampung adat kebiasaannya haidh enam (6) atau tujuh (7) hari, maka penderita harus berbuat sebagai berikut :

  • Dari 1 haribulan sampai 6 haribulan atau 7 haribulan - penderita harus menganggapnya hari-hari itu sebagai hari haidh .
  • Saterusnya dari tujuh (7)  atau lapan (8) haribulan hingga akhir bulan (24 atau 23 hari) harus dianggap sebagai  hari-hari istihadhah.
  • Demikian saterusnya untuk bulan-bulan berikutnya.
  • Pada hari-hari haidh, penderita tidak boleh sembahyang, puasa dan lain-lain.
  • Sedangkan pada hari istihadhah, penderita harus sembahyang dan wudhu untuk tiap-tiap kali sembahyang, dengan aturan-aturan yang tersebut pada hadis * Fatimah  binti Abi Hubaisy dan hadis ** Asma` binti Umais.
 Lebih utama jika dibuat saperti berikut :
  • Mandi tiga kali:
    • Sekali untuk sembahyang Subuh
    • sekali untuk suhur dan `Asar
    • sekali lagi untuk sembahyang Magrib dan Isya` .

    Zuhur di jama` dengan `Asar, Magrib dijama` dengan Isya`. Bukan jama` ta`khir, tetapi jama` shuri. maknanya: Ia kelihatan saperti jama` tetapi hakikatnya bukan jama`. Iaitu Zuhur dilaksanakan pada akhir waktunya dan `Asar dilaksanakan pada awal waktunya. Magrib dilakukan pada akhir waktunya dan Isya` dikerjakan diawal waktunya.

    Wallahu A`lam.

    Cara-Cara Memastikan Darah Istihadhah

    Saya panjatkan pujian dan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata`ala, dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi Wasallam serta seluruh keluarga dan sahabat baginda.  

    Amma ba`du.
    **
    Dan di dalam hadis Asma` binti `Umais pada Abi Daud terdapat kata-kata :
    ``Dan duduklah dia didalam wadah yang berisi air dan manakala melihat dia akan kuning-kuning diatas air maka mandilah dia untuk Zuhur dan `Asar dengan satu mandi  dan mandi dia untuk magrib dan Isya` dengan satu mandi  dan mandi dia untuk sembahyang Subuh dengan satu mandi dan berwudhu dia di dalam antara kesemuanya itu.``
    **
    Hadis Asma` binti `Umais ini, dari hadis `Aisyah, ada tambahan yang artinya bahawa orang yang menderita istihadhah, di persilakan  mencoba duduk di dalam tempat yang berisi air. Jika terlihat kuning-kuning di atas air, itu tandanya dia benar-benar istihadhah.
    Jika memang benar-benar istihadhah maka tiap-tiap sembahyang dia harus berwudhu dan sehari semalam mandi tiga kali :
    1. Sekali  pada waktu akan melakukan sembahyang Zuhur dan `Asar (jama` ta`khir).
    2. Sekali lagi pada  waktu akan melakukan sembahyang Magrib dan `Isya (jama` ta`khir)
    3. Sekali lagi pada waktu akan melakukan sembahyang Subuh.
    Hadis Asma` binti `Umais dan hadis Fatimah binti Abi Hubaisy ini dikumpulkan oleh Imam Syafi`e sehingga menjadi demekian : 
    • Wajib wudhu lima (5) kali untuk lima (5) kali sembahyang
    • Sunnah mandi tiga (3) kali untuk Zuhur, `Asar, Magrib `Isya dan Subuh.
    Wallahu a`lam.

    Perbezaan Darah Haidh dan Darah Istihadhah

    Saya panjatkan pujian dan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata`ala, dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi Wasallam serta seluruh keluarga dan sahabat baginda.  

    Amma ba`du.
    *
    Daripada `Aisyah Radhiyallahu `anha : bahawasanya Fatimah puteri Abi Hubaisy adalah dia itu selalu mengeluarkan darah, maka bersabda Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasalllam kepada Fatimah :

    `` Sesungguhnya darah haidh itu darah yang hitam yang berbau, maka manakala terjadi yang demikian maka berhentilah kamu dari sembahyang dan manakala terjadi yang lain maka wudhulah kamu dan sembahyanglah kamu``.

    Menceritakan akan hadis ini oleh Imam Nasae dan menshahihkan akan dia Imam Ibnu Hibban dan Al-Hakim dan menganggap mungkar akan hadis ini  Imam Abu Hatim.

    *


    Hadis ini menjelaskan untuk membezakan antara darah haidh dan darah istihadhah  adalah didasarkan kepada sifat daripada darah itu sendiri. Jika darah itu kehitam-hitaman, dan berbau, maka itulah tandanya darah haidh. Dan jika tidak ada tanda demikian maka ia darah istihadhah namanya.

    Perempuan yang hadih tidak wajib atasnya sembahyang, bahkan haram. Tetapi perempuan yang istihadhah, dia diwajibkan sembahyang.   Cara-cara melaksanakannya :
    1. Membersihkan farajnya dengan air
    2. Disumbat farajnya dengan kapas
    3. Dibalut dengan kain (atau menggunakan alat terkini)
    4. Berwudhu
    5. Tunaikan sembahyang.

    Perhatian:

    Perempuan yang menderita istihadhah mempunyai beberapa hukum yang berbeza dengan perempuan yang sedang haidh. Diantaranya:
    • Perempuan yang menderita istihadhah wajib sembahyang dan wajib berpuasa Ramadhan
    • Dia halal dijima`
    • Dia hanya boleh berwudhu untuk sembahyang satelah masuk waktu sembahyang. Wudhunya tidak sah jika dia berwudhu untuk sembahyang magrib sabelum matahari terbenam.
    Wallahu A`lam.